BLHW1732: Sosiologi : Gejala Sosial Di Malaysia : REMP-IT

Dapatkan Maklumat Disini.......

05 March, 2009

Penghargaan

0comments
Penghargaan

Pertama kali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan assignment kami ini iaitu Blog tentang Gejala Sosial Di Malaysia Khususnya Gejala Rempit bagi subjek BLHW 1732: Sosiologi .Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu kami melaksanakan kerja ini secara langsung atau pun tidak langsung..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Siti Rohana selaku guru mata pelajaran ini atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami.. buat semua ahli kumpulan juga diucapkan terima kasih atas kerjasama anda dalam menyiapkan tugasan ini..
Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan kami ini., segala kekurangan harap dimaafkan..sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan Kami sendiri..

Sekian,,
Terima kasih….

SENARAI AHLI KUMPULAN : 2BMCS G2

NIK AHMAD LUQMANUL HAKIM BIN NIK AB RASHID (K) B040710088
MOHD AZIEZOL BIN ABD RAHMAN B040710258
ROZIMI BIN HARUN B040710106
TENGKU NOR'AIN BINTI TUAN HUSAIN B040710194
AISHAH BINTI ABDUL MUTALIB B040710117



Dari kiri : Rozimi, Ain, Nik, Aishah, Aziezol



Budaya Rempit

Pengenalan

8comments

Sebagai saksi mata yang melihat pelbagai kepincangan yang dibawa oleh arus modenisasi, kita melihat ramai anak muda yang gemar menghabiskan masa dengan berfoya-foya, menjadi penonton berat filem-filem terbaru, berhibur di konsert-konsert liar dan semenjak beberapa tahun kebelakang, gejala Mat Rempit menjadi semakin parah.


Walaupun Malaysia tidak menghadapi sebarang ancaman perang daripada negara-negara lain seperti yang berlaku kepada umat Islam di Palestin, Lubnan, Afghanistan, tetapi statistik kematian yang dicatatkan oleh pengguna jalan raya negara ini menunjukkan angka yang hampir sama dengan jumlah mangsa perang yang terkorban di lain-lain tempat.

Kematian umat Islam di negara-negara yang berperang dianggap sebagai mati syahid, tetapi bagaimana pula dengan kematian yang berlaku akibat lumba haram di negara kita?Kumpulan Mat Rempit merasa bangga apabila mereka boleh memecut laju diatas jalan raya, menguatkan bunyi enjin sambil menggayakan pelbagai aksi yang dianggap hebat, yang bukan sahaja membahayakan keselamatan dirinya, malah pengguna-pengguna jalan raya yang lain juga.Secara kasarnya, gejala Mat Rempit hanya mendatangkan mudarat kepada golongan yang dimaksudkan.

Namun begitu, aktiviti merempit ini sebenarnya memberi impak yang besar bukan sahaja kepada individu itu sendiri, malah bangsa dan negara turut menerima tempiasnya yang boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan sosial, ekonomi dan politik.Pembangunan sosial menjadi terencat kerana kegiatan merempit mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Malah, golongan ini sering terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Konsep pertaruhan wanita menjadi amalan mereka di dalam sesebuah perlumbaan haram.Remaja-remaja perempuan sanggup menggadaikan maruah mereka untuk menjadi pembonceng kepada teman lelaki mereka yang menjadi ahli kumpulan Mat Rempit.Mereka seolah-olah menjadi objek pertaruhan dalam sesuatu perlumbaan. Jika teman lelaki mereka kalah di dalam sesuatu perlumbaan, maka gadis-gadis inilah yang menjadi pertukaran dengan pihak yang memenangi perlumbaan tersebut.

Tidakkah ini memperlihatkan suasana budaya sosial yang bobrok? Justeru, barah yang berakar di dalam masyarakat kita ini harus segera diubati jika kita benar-benar tidak mahu mendengar kisah pembuangan bayi, anak luar nikah dan merebaknya pelbagai jenis penyakit pembunuh seperti AIDS dan sebagainya.

Dilihat daripada aspek ekonomi pula, golongan Mat Rempit ini terbukti membazirkan waktu muda mereka yang seharusnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-masing.. Malangnya, segala kemakmuran dan kemodenan yang tersedia di dalam negara tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang murni. Peluang-peluang itu sebaliknya dimanfaatkan dengan baik oleh rakyat asing yang menyedari bahawa negara ini adalah platform terbaik untuk mereka memperbaiki kualiti kehidupan masing-masing.

Negara bimbang sekiranya perkembangan yang tidak sihat ini semakin menjdi-jadi tanpa kawalan dan pemantauan yang terbaik, kerana golongan yang terlibat dengan gejala Mat Rempit ini terdiri daripada golongan belia remaja yang kebanyakannya masih di bangku sekolah lagi dan bergantung sepenuhnya kepada sumber kewangan ibu bapa masing-masing.

Penyertaan di dalam perlumbaan haram memerlukan pelaburan wang yang banyak, khususnya untuk mengubah-suai kemampuan motosikal, kos bahan api, wang pertaruhan dan sebagainya. Bagi yang terjebak dengan jerat dadah, mereka memerlukan jumlah wang yang besar untuk mendapatkan bekalan dadah yang berterusan. Desakan ekonomi seperti ini mendedahkan mereka kepada kegiatan mencuri, ragut dan seumpamanya yang menyebabkan kerugian ekonomi yang signifikan kepada negara.

Bukan sahaja ekonomi, malah kestabilan politik turut menerima ancamannya kerana generasi muda belia hari ini merupakan pelapis kepada tonggak kepimpinan negara di masa hadapan. Kecacatan akhlak dikalangan golongan muda bakal membantutkan kesinambungan kepemimpinan negara.Negara memerlukan golongan remaja yang berkreadibiliti dan berani. Tetapi, keberanian yang dimaksudkan perlu kena pada tempatnya.

Kita tidak mahu golongan Mat Rempit yang berani mati ini akhirnya bakal memudaratkan keadaan negara. Kita memerlukan golongan remaja yang berani menegakkan kebenaran, berani menjadi usahawan dan tidak mudah melatah menghadapi ujian demi membangunkan ummat. Anak-anak muda seperti ini mampu menjamin kebaikan yang berterusan untuk bangsanya. Lebih daripada itu, kita memerlukan anak-anak muda yang sanggup menjadi sukarelawan membanteras pengedaran dadah dan mencegah aktiviti-aktiviti mungkar dan maksiat.


Mat rempit yang selalunya bertindak liar seperti membaling bom petrol, melanggar anggota polis dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas sudah melampaui batas norma kemanusiaan. Namun kita masih berdiam diri mungkin kerana terlalu kuat elemen ‘tidak apa’ dalam diri kita.

Hari ini, remaja keluar hingga larut malam bukan hanya di Kuala Lumpur. Hampir setiap bandar besar seperti Johor Bahru, Ipoh dan Georgetown, malah bandar kecil seperti Kulim dan Taiping, menunjukkan fenomena sama.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 (KPKM-4) 2004 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) setiap 10 tahun sejak 1974 itu mendapati bahawa 13.5 peratus remaja di Semenanjung, 12 peratus di Sabah dan 11.3 peratus di Sarawak keluar tanpa izin ibu bapa hingga larut malam.
Antara fakta menonjol dalam KPKM-4 ialah bilangan remaja lelaki dan perempuan yang keluar tanpa izin ibu bapa hingga larut malam meningkat mendadak berbanding kajian sama pada 1994, iaitu dari 3.7 peratus kepada 22.2 peratus (lelaki) dan 0.8 peratus kepada 4.6 peratus (perempuan).
Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 6,056 kes juvana dilaporkan pada 2004. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1,058 kes juvana berbanding kes yang dilaporkan pada 2003.
Dengan mengambil kira kes sosial seperti gejala ‘mat rempit’, seks bebas, kongsi gelap, ragut, samun, rogol dan sebagaimana yang sering disiarkan di media massa, kita berani untuk menyatakan bahawa jika beginilah bentuk belia yang dibentuk pada masa kini, maka negara kita sebenarnya akan kekurangan belia yang menepati modal insan.
Keadaan ini akan mengganggu gugat proses pertumbuhan dan pencapaian pelbagai bidang terutama bidang ekonomi.
Apa yang akan wujud nanti adalah mat rempit yang mempunyai tahap pendidikan rendah, kemungkinan terbabit dalam jenayah lebih tinggi kerana kos sara diri yang tinggi.
Jika permasalahan ini tidak dibendung, dikhuatiri permasalahan ini akan merebak menjadi barah dan seterusnya menjadi satu kebiasaan (seperti kes mat rempit) dan ia sesuatu yang menyalahi nilai akhlak ketimuran dan undang-undang negara kita.


SESUNGGUHNYA hingga kini apa penyelesaian terhadap isu mat rempit? Hakikatnya, masyarakat dibelenggu ketakutan tindak-tanduk mat rempit yang sememangnya mengancam keselamatan negara.

Ia bukan kali pertama kita diperdengarkan mengenai kebiadaban mat rempit ini. Ke mana pihak berkenaan dan yang sepatutnya tampil dengan strategi jangka panjang dalam menangani isu mat rempit ini?

Malah, ke mana ahli akademik yang sepatutnya menjana idea bernas sepatutnya berganding bahu dengan kerajaan untuk mengatasi isu mat rempit. Semuanya misteri, tinggal persoalan.

Setiap kali isu mat rempit dibangkitkan, tiada suara tampil dan sanggup membela masyarakat yang sememangnya harus diakui berada dalam keadaan ketakutan berikutan perlakuan mereka yang semakin liar dan sukar ditangani ini.

Sampai bila harus wujud keadaan sebegini? Apakah sukar untuk menggubal akta yang menjatuhkan hukuman sebat atau mengarahkan mat rempit melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti menempatkan mereka di rumah orang tua atau di hospital.

Selain mengenakan tindakan tegas terhadap mat rempit, tindakan sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga harus dan wajar dalam membantu menangani masalah ini.

Kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini daripada menjadi lebih buruk. Ada segelintir ibu bapa dengan mudah membenarkan anak menunggang motosikal walaupun tahu anak tidak mempunyai lesen.

Malah, kerajaan perlu peka dan mengambil kira keselamatan rakyat dan pelancong kerana tindak-tanduk mat rempit boleh menjejaskan nama negara sebagai sebuah pusat pelaburan, pelancongan dan pendidikan antarabangsa.

Ia bukan lagi isu sosial, ia harus dilihat dalam konteks keselamatan rakyat serta kepentingan awam dan negara. Jangan lupa, hakikatnya, mat rempit mengaibkan imej dan nama negara.

Kita pernah panjang lebar berdebat mengenai isu mat rempit hinggakan pada satu tahap, ramai yang berdebat apakah nama gelaran yang sesuai untuk mat rempit ini.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pernah memberi gelaran secocok seperti ‘penyangak rempit’ atau ‘dajal rempit’ untuk mencerminkan sikap buruk mereka.

Definisi Rempit

3comments

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
 

BLHW1732 : Sosiologi : Gejala Rempit di Malaysia Blak Magik is Designed by Nik Luqman for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008