BLHW1732: Sosiologi : Gejala Sosial Di Malaysia : REMP-IT

Dapatkan Maklumat Disini.......

Showing posts with label 9:- Artikel Mengenai Rempit. Show all posts
Showing posts with label 9:- Artikel Mengenai Rempit. Show all posts

04 March, 2009

Mat Rempit Prihatin Bersih Kubur


PRIHATIN :Seramai 200 'Mat Rempit'atau dikenali sebagai Putera Motor menyertai aktiviti gotong -royong Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang,PJS 7,Petaling Jaya.Adalah dimana menjadi tempat 200 'Mat Rempit'yang membuat kerja amal membersihkan kawasan tersebut.



Ini adalah program ketiga anjuran Putera UMNO Malaysia.Tujuan program ini diadakan adalah bagi menyemarakan semangat gotong-royong dikalangan remaja dan masyarakat selain usaha Putera Motor menonjolkan imej positif 'mat rempit' ini.Dalam program ini juga Putera Motor berjaya membersihkan lebih sehektar tanah perkuburan berkenaan sambil dibantu penduduk tempatan. Program ini diketuai oleh Pengerusi Putera UMNO Malaysia iaitu Dato'Abdul Azeez Abd Rahim.



Kajang:23 SEPTEMBER 2006 Lebih 200 ahli Putera UMNO dan 'Mat Rempit'sekitar Lembah Klang mengadakan program gotong-royong di Rumah Anak Yatim Nurhikmah...
Putera UMNO turut menyumbangkan sumbangan bekalan makanan untuk tempoh sebulan kepada rumah anak yatim dan miskin berkenaan selain mengambil ukuran baju penghuni lelaki dan perempuan untuk menyambut Aidilfitri.
Pengerusi Putera UMNO Malaysia, Dato' Abdul Azeez Rahim,berkata program-program itu dianjurkan bagi memenuhi tanggungjawab Putera UMNO dalam memulihkan persepsi masyarakat terhadap golongan 'Mat Rempit'. Putera UMNO bekerjasama dengan Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)untuk memberi sumbangan kepada rumah anak yatim ini.Ini juga dapat membuka minda golongan 'mat rempit'agar dapat menyelami hati dan perasaan anak-anak yatim yang sentiasa dahagakan kasih sayang

Kisah Doktor Dengan Mat Rempit



Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..

Kita 'Member'


Siapa kata mat rempit tidak boleh dibuat 'member'(kawan)? Kalau betul caranya, sesiapa sahaja boleh dijadikan member. Setiap orang di sekeliling kita perlu kita jadikan mereka sebagai member kita.
Selalu kita dengar kata-kata seperti, “Hendak berkawan mesti kena pilih betul-betul. Jangan berkawan dengan budak tak tentu arah” dan “Berkawanlah dengan penjual minyak wangi, nescaya akan dapat harumannya.Sekiranya berkawan dengan penempa besi, nanti akan terasa bahangnya.”Bagi saya sahabat dan kawan dua watak yang berbeza. Sahabat yang perlu dipilih betul-betul tetapi berkawanlah dengan sesiapa sahaja.Andai kata kita mengelakkan diri daripada berkawan dengan orang yang tidak tentu arah, siapa pula yang akan memberi haruman kepada mereka?Inilah yang ingin saya ceritakan satu pengalaman saya sendiri semasa mengikuti satu program anjuran Kementerian Belia dan Sukan empat bulan yang lepas. Bagaimana saya terjebak?



Saya menerima tawaran untuk mewakili Matrikulasi UIAM ketika itu walaupun saya baru sahaja menamatkan program matrikulasi saya. Ini kerana program itu berlangsung selama 10 hari dan pihak UIAM tidak mahu membebankan pelajar yang masih belajar. Jadi mereka menawarkan kepada saya dan beberapa orang kawan yang lain.Saya ketika itu yang sedang bercuti tiga bulan tertarik dengan tentatif program yang diberikan. Ada beberapa sesi tentang leadership dan perniagaan terpapar pada tentatif tersebut. Saya terus menerima tawaran tersebut.Saya dan 3 orang lagi MPP Matrikulasi UIAM pergi ke program tersebut iaitu Nabil, Azizuddin dan juga Najwa.

Kejutan

Sebenarnya ada satu perkara yang mengejutkan kami sebaik sahaja kami sampai di tempat berkumpul di Kompleks Belia dan Sukan Lembah Pantai.Apa yang mengejutkan kami ialah hampir 70% peserta lelakinya adalah golongan pelajar bermasalah. Sampaikan yang pakai dressing macam mat rempit pun ramai.Memang ketika itu saya berasa sedikit takut kerana pertama kali bersama dengan golongan mat rempit dalam jumlah yang agak ramai.

Pada hari pertama, memang kami bertiga agak menjauhkan diri sedikit dengan peserta lain. Tegur, tegur juga tetapi tidaklah semesra mana.Pada malam hari pertama itu saya banyak berfikir tentang apa yang saya boleh buat dalam program tersebut. Kalau hendak balik rumah, memang sudah tidak boleh balik.Sudah dari awal pasang niat untuk pergi program leadership, jadi apa kata saya jadikan program tersebut sebagai latihan leadership untuk saya.

Esoknya semasa berjumpa dengan Nabil, dia dengan wajah penuh riang berkata kepada saya dan Aziz, “Mulai hari ni kita putus kawan. Ok tak? Haha.”.“Wah, best juga idea kau ni,” balas Aziz dengan gelak ketawa juga.Rupanya mereka juga memikirkan perkara yang sama. Daripada kami menjauhkan diri daripada peserta lain, lebih baik kami cuba mendekatkan diri dengan mereka. Apa yang bermain di fikiran kami ketika itu adalah inilah dunia realiti di luar.

Misi

Leadership kami dalam program tersebut ialah membimbing mereka semua dan misi kami ialah mencari seberapa ramai kawan yang boleh. Setiap daripada kami bertiga mempunyai perwatakan yang berbeza. Jadi, cara pembawakan kami juga turut berbeza.Nabil yang semasa silamnya turut pernah menjadi antara pelajar bermasalah di sekolah, pembawakannya lebih seperti seorang kawan dengan mereka.Aziz yang merupakan salah seorang fasilitator UIAM lebih suka buat permainan yang berunsur persahabatan yang dapat menarik perhatian mereka semua.Dan saya…. eh. Saya sendiri tak tahu nak describe bagaimana,yang pasti kami semua dapat membuat kawan di dalam kem tersebut.




Kita Member

Apa yang saya belajar daripada pengalaman di sana sangat berguna untuk saya kongsikan di sini.Golongan remaja yang bermasalah bukanlah golongan yang tidak mahu mendengar kata. Seperti yang saya katakan di atas, kalau betul caranya sesiapa sahaja boleh dijadikan member.Apa yang mereka perlukan adalah rasa dihormati oleh masyarakat, dan semestinya semua orang mahu dirinya dihormati. Mahu pendapatnya dihormati. Anda juga begitu bukan?Kalau ingin diri kita dihormati, kita kenalah menghormati orang lain terlebih dahulu. Dengar sahaja mudah tetapi adakah kita dapat menurunkan ego kita untuk menghormati pandangan daripada orang yang kita rasakan diri mereka adalah orang yang bermasalah?

Jadi, apa yang saya lakukan di situ adalah merapatkan diri dengan mereka. Berbual dan gelak ketawa bersama-sama. Setiap apa yang mereka katakan saya sokong tetapi saya tambahkan lagi ’added value’ dalam pendapat mereka. Added value inilah yang memberikan kelainan kepada mereka.Mereka bukannya tidak mahu mendengar kata, tetapi kita perlulah mendengar kata mereka dahulu barulah kata-kata kita akan mereka dengari.

Soft spot

Setiap orang ada sudut kelembutan dalam hatinya walau sekeras mana pun hatinya dan mungkin dapat dilembutkan di sudut-sudut lembut ini.Mungkin jika kita sebut tentang agama mereka masih belum dapat menerima perkara tersebut. Jadi, kita sebut perkara yang mereka suka. Melalui perkara itulah kita akan masukkan nilai tambah supaya sudut lembut mereka itu terarah kepada perkara yang betul.Contohnya, semasa saya cuba bergaul dengan golongan remaja bermasalah ini apabila saya sebut tentang perkara berkaitan agama mereka mula menjauhkan diri. Tetapi apabila saya berbual-bual mengikut apa yang mereka suka seperti muzik dan sebagainya barulah mereka senang dengan tajuk perbualan tersebut. Jadi, pada masa itulah saya masukkan nilai agama dalam perbualan tersebut dan mereka turut sama berbual mengenainya.Nampak mudah tetapi kita kena pandai menyusun strategi.

Kesimpulan

Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut, ”Allah akan menolong hambanya selama mana hambanya menolong saudaranya.”

Jadikan diri kita orang yang selalu membantu orang di sekeliling kita. Setiap orang di sekeliling kita adalah aset kita yang dapat membantu kita secara langsung atau tidak langsung. Tidak kira mereka adalah siapa, mereka tetap saudara kita dan mereka tetap kawan kita.Biarpun hanya dapat mengajak berbuat beberapa perkara yang baik, itu sudah cukup daripada hanya duduk berdiam diri dan mengutuk perbuatan mereka.
 

BLHW1732 : Sosiologi : Gejala Rempit di Malaysia Blak Magik is Designed by Nik Luqman for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008