BLHW1732: Sosiologi : Gejala Sosial Di Malaysia : REMP-IT

Dapatkan Maklumat Disini.......

05 March, 2009

Kajian Tentang Mat Rempit



Seks di atas motosikal. Suatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka.

Tindakan liar dan tidak bermoral itu adalah antara pengakuan mat rempit dan minah rempit berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail.

Kajian akademik pertama mengenai isu mat rempit itu juga mendedahkan peningkatan pembabitan remaja Melayu yang mencapai 95 peratus daripada keseluruhan mat rempit seluruh negara, berbanding kajian kali pertama pada 2002 yang merekodkan 80 peratus.


Dr Rozimi menjalankan kajian mengikut geran penyelidikan UKM secara berperingkat selama enam tahun bermula 2002 hingga 2006 membabitkan tiga tajuk kajian

Kajian pertama bertajuk ‘Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (2000 hingga 2002) diikuti kajian kedua bertajuk ‘Faktor Pembabitan Mat Rempit (2003-2004). Seterusnya, kajian terbaru berjudul ‘Pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah’ lebih kepada melihat tahap serta jenis jenayah berpunca daripada golongan berkenaan.
Operasi membanteras kegiatan lumba haram.

Hasil kajian mendapati, 97 peratus daripada mereka disifatkan sebagai ‘kepala angin’ atau sanggup melakukan apa saja untuk mencari keseronokan manakala bakinya kira-kira tiga peratus digelar sebagai mat motor iaitu individu yang benar-benar sukakan motosikal.

Kebanyakan mat motor ini pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lebih kepada mencari keseronokan ketika masa lapang atau melepaskan tekanan menjelang peperiksaan.

“Ramai antara mat rempit yang mengaku terbabit dalam penyalahgunaan dadah, ini membuktikan golongan itu menjadi antara penyumbang besar kepada indeks jenayah negara.


“Kira-kira 24 peratus daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas.

“Mereka terlalu muda dan masih belum terlewat untuk membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan. Kebanyakan mereka berusia antara 14 hingga 25 tahun dan majoritinya berusia lingkungan 21 ke atas,” katanya.

Usia terlalu muda juga menyebabkan mereka mudah taksub kepada ketua kumpulan terdiri daripada mat rempit senior. Ada antara mereka digelar ‘sifu, abang pendek, abang pendek’.

Tidak menghairankan jika dikaji latar belakang mat rempit, ia menjurus kepada golongan yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Logiknya mereka juga mempunyai tahap pendidikan agak rendah dan ada antaranya tercicir daripada pengajian sekolah.

Apa yang mereka tahu ialah mencari hiburan tetapi dengan cara tersendiri yang jelas membahayakan nyawa sendiri bahkan boleh menjadi igauan ngeri kepada pengguna jalan raya lain.

Kebanyakan mereka penganggur yang tidak mempunyai pendapatan tetap, pekerja kilang (bahagian am), mat despatch (penghantar surat), penjual burger jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar (sekolah dan IPT).

Kajian yang dijalankan dengan kerjasama cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu juga mendapati, 85 peratus daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu atau tamat tempoh sah. Kebanyakan mereka juga sering menggunakan motosikal milik ibu bapa, abang, kawan, syarikat untuk berlumba.

Agak menarik, mat rempit mempunyai sikap setia kawan yang cukup tinggi dan sering mengutamakan kumpulan. Contoh paling mudah ialah jika berlaku kemalangan sama ada ketika operasi atau berlumba, mereka akan melarikan rakan mereka dan motosikal secepat mungkin sebelum dicekup polis.

Info Mat Rempit




INFO: Mat Rempit

# 76 peratus pernah ditahan polis sekurang-kurangnya sekali atau kesalahan sama atau jenayah.
# 24 peratus daripada mereka akan mat rempit baru (ikutan).
# 11 peratus daripada mereka adalah pelajar termasuk Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kajian:

# pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah (560 responden)
# Faktor Pembabitan Mat Rempit (100 responden)
# Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (108 responden)

Kawasan kajian:

# Zon Utara (Kedah dan Pulau Pinang)
# Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Perak)
# Zon Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan)
# Zon Selatan (Johor).

Atara geng mat rempit:

# Apache (Kuala Lumpur)
# Budak Shell (Kuala Lumpur)
# Man Botak (Pantai Timur)
# Man Kerinting (Pantai Timur)
# Skuter Boys (Sungai Besi, Kuala Lumpur)

Jenis motosikal paling popular digunakan mat rempit:

# Yamaha RXZ
# Honda EX5
# Yamaha Nuovo
# Suzuki 100
# Modenas Kriss




Faktor-Faktor Berlakunya Gejala Rempit





Terdapat beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan gejala rempit ini.

1.kurangnya perhatian daripada ibubapa.
2.Runtuhnya institusi rumahtangga
3.pengaruh rakan sebaya.
4.Kurangnya pendidikan agama.

Faktor kurangnya perhatian terhadap anak-anak remaja sekarang sering dikaitkan dengan gajala rempit kerana disebabkan faktor ini anak terrasa diri mereka tidak dihargai oleh keluarga.mungkin disebaakan factor kesibukan dengan lambakan urusan kerja menyebabkan ibubapa sukar meluangkan masa dengan anak-anak mereka.Sepertimana yang kita tahu sebenarnys remaja mempunyai pemikiran yang adalah terbatas dan kadang-kadang terlalu emosi dalam membuat keputusan.Apabila mereka melihat ibubapa mereka sibuk dengan urusan kerja mereka menggangap mereka tidak penting dalam keluarga tersebut.ini secara tidak langsung menyebabakan remaja berkenaan akan keluar dari rumah dan mereka secara tidak langsung terdedah kepada gejala yang tidak sihat diluar rumah.

Keruntuhan rumah tangga yang berlaku pada masa kini juga boleh dikaitkan dengan gejala social yang berlaku pada masa ini terutama gejala rempit.Sebenarnya jika dikaji semula sebenar hampir kesemua para mat dan minah rempit ini adalah mereka yang berasal dari keluarga yang bermasalah. Pada hakikatnya anak-anak remaja terutamanya,bagi mereka keluargalah tempat mereka jadikan rujukkan dan tempat mengadu masalah.Dengan keluarga yang huru-hara sebegini perasaan anak-anak akan terganggu, contohnya ibubapa selalu bergaduh antara satu sama lain pada setiap waktu,di pihak anak-anak pula mereka akan merasa bosan dengan apa yang berlaku dan apa yang mereka harap di rumah iaitu dapat bermesra dengan ibubapa yang tersayang dan untuk berkongsi masalah hancur dengan melihat keadaan keluarga yang sedemikian rupa.disabakan ini mereka sanggup keluar dari rumah untuk mendapatkan apa yang mereka hajat di rumah.Di luar rumahlah mereka akan terdedah debu-debu jejala yang tidak sihat dan seterusnya mereka akan terlibat sama.

Manakala faktor pengaruh rakan sebaya dapat dikaitkan dengan gejala rempit ini adalah kerana rakan-rakan adalah lebih rapat jik nak dibandingkan dengan ibubapa atau keluarga.Pengaruh ini secara tidak langsung membentuk sahsiah diri remaja itu sendiri.Disebabkan pengaruh rakan sebaya jugalah sebenarnya remaja menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu walaupun remaja itu sendiri tahu bahawa perkara yang dilakukan itu amat menyalahi undang-undang mahupun norma hidup masyarakat.

Kawan lebih menpengaruhi tingah-laku anak remaja sekarang (sekadar gambar hiasan).


Faktor kurangnya didikan agama sebenarnya dapat disimpulan dengan melihat bagaimana para remaja khususnya yang terlibat dengan gejala rempit ini melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti lumba haram malah ada yang terlibat dalam aktiviti perjudian dan perlacuran.Sungguh kita tahu dan kita semua faham bahawa semua agama dalam dunia ini amat melarang perlakuan sebegini rupa.Islam contohnya menegah sama sekali perbuatan lumba haram ini disebabkan oleh kesan buruknya.antaranya akan terjadinya kemalangan yang teruk dan seandainya pemandu itu mati dia dimasukan ke dalam neraka disebabkan oleh perlakuannya.

Didikan agama mampu menbentuk jati diri anak-anak(sekadar gambar hiasan).


Secara umum saya berpendapat bahawa empat faktor inilah menyumbang kepada penularan gejala rempit dalam kalangan masyarakat Malaysia pada ketika ini.Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh dikaitkan dengan gejala rempit ini tetapi bagi saya faktor itu semua adalah cabang kepada faktor yang paling asas ini.
 

BLHW1732 : Sosiologi : Gejala Rempit di Malaysia Blak Magik is Designed by Nik Luqman for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008