BLHW1732: Sosiologi : Gejala Sosial Di Malaysia : REMP-IT

Dapatkan Maklumat Disini.......

04 March, 2009

Cara Mengatasi Gejala Sosial Rempit




Isu pelumba motosikal haram, atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’, bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Sekiranya pada tahun-tahun 80an dan awal 90an, gejala ini banyak bertumpu di Kuala Lumpur, ianya kini sudah merebak ke hampir kesemua negeri di Malaysia. Malahan, di kampung-kampung sekalipun gejala sebegini sudah menjadi lumrah.
Bagaimanapun, gejala ini mula menjadi serius apabila pengguna jalan raya yang tidak berdosa menjadi korban, seperti yang berlaku di Kelantan baru-baru ini di mana seorang kanak-kanak tiga tahun, Muhammad Aufal Khalifah Mohd Saberi, maut akibat dirempuh seorang mat rempit.

Sikap kurang ajar mat rempit telah banyak dilaporkan sebelum ini, termasuklah tindakan sesetengah mereka yang berani memukul serta mencederakan pengguna jalan raya yang menegur sikap mereka.Malahan, anggota polis sendiri pernah menjadi mangsa tindakan melulu mat rempit di mana ada anggota polis yang pernah cedera dan terkorban dalam operasi terhadap mat rempit.

Usaha polis trafik mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakan mat rempit seolah-olah diperlekehkan sehingga ada yang berani merempuh sekatan yang diadakan. Kelicikan mat rempit mengenal pasti jalan-jalan yang selamat juga menyebabkan golongan ini mendabik dada kononnya mereka bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa. Apa sebenarnya yang ingin dicari oleh remaja apabila melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah ini? Apakah ianya berdasarkan keseronokan semata-mata atau ianya lebih menjurus kepada sikap anti-establishment mereka serta keseronokan melakukannya dan dapat mengelakkan diri dari tertangkap? Adakah juga kejaguhan mereka membolosi kawalan pihak polis trafik merupakan kemenangan kepada kumpulan yang semakin menjadi-jadi tatalakunya ini?

Inilah antara persoalan yang sering bermain di minda setiap kali isu mat rempit diperkatakan. Apa yang lebih membimbangkan mengenai isu mat rempit ini adalah penglibatan remaja belasan tahun dalam gejala ini. Statistik polis menunjukkan bahawa majoriti mereka yang terbabit adalah mereka yang berusia belasan tahun dan awal 20an. Tambah menakutkan adalah hakikat bahawa kebanyakkan mereka tidak mempunyai lesen yang sah untuk menunggang motosikal.

Dalam pada mereka mencari keseronokan menerusi perbuatan yang sia-sia ini, ramai dari mereka langsung tidak mempedulikan bahaya yang mungkin menanti mereka atau melibatkan pengguna jalan raya yang lain. Mungkin mereka merasakan apabila mereka mampu melakukan aksi willy atau ala superman mereka akan kelihatan hebat. Hakikatnya, semua ini hanya menunjukkan sikap biadap serta kebodohan mereka sendiri.

Isu mat rempit ini tidak akan selesai sekiranya hanya pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikannya. Semua pihak, termasuklah ibu bapa dan pihak sekolah, turut memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini. Usaha yang dimainkan Putera UMNO untuk mengadakan kempen dan program bersama mat rempit merupakan salah satu usaha yang harus dipuji kerana ini menunjukkan komitmen UMNO untuk bersama membanteras gejala yang tidak sihat ini.

Selain itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus memainkan peranan yang aktif dalam bersama kerajaan menangani isu mat rempit ini. Malahan, peruntukan undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mat rempit perlu digubal bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas dan drastik.

Tindakan lebih tegas harus dilaksanakan ke atas mat rempit yang didapati terlibat dalam perlumbaan haram bukan sekadar menghimpunkan mereka, dijalankan ujian air kencing dan kemudian dibebaskan.Cadangan untuk merampas motosikal serta mengantung lesen mereka yang terbabit dalam gejala lumba haram dilihat sebagai satu inisiatif yang boleh membantu dalam menangani masalah ini. Ini adalah merupakan antara cadangan yang akan dimasukkan dalam pindaan undang-undang berkaitan yang kini dalam proses penelitian oleh Kementerian Pengangkutan.

Secara tidak langsung, ini juga akan memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius gejala mat rempit ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah drastik bagi menangani masalah ini.Namun demikian, peranan ibu bapalah yang paling penting sekali kerana rata-rata mereka yang terlibat dalam kegiatan ini didapati kurang mendapat perhatian dari ibu bapa mereka. Malahan, ada segelintir ibu bapa dengan mudah membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal walaupun mereka tahu anak-anak mereka itu langsung tidak mempunyai lesen.

Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut.Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi.Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini.
Kini bukan sekadar mat rempit yang datang membawa masalah. Tetapi juga golongan minah rempit turut memberi imej buruk kepada masyarakat kini. Minah rempit kini semakin berani meletakkan diri mereka di dalam carta ‘sampah masyarakat’ berikutan penyebaran beberapa klip video kumpulan itu di internet dalam keadaan memalukan.

Jika sebelum ini banyak kumpulan mat rempit merakam aksi ‘berani mati’, kini minah rempit pula bertindak lebih dahsyat apabila secara sukarela membiarkan aksi jijik mereka dirakam dan kemudian dimuat turun di internet, termasuk laman web antarabangsa.

Kebanyakan klip video itu boleh didapati di laman web ‘YouTube’ dengan menaip perkataan ‘Minah Rempit’. Laman web itu kemudian memaparkan 63 transaksi atau klip video berkaitan kumpulan berkenaan.Bagaimanapun, Metro Ahad yang melayari laman web itu hanya mendapati lapan daripada klip video berkenaan memaparkan aksi melampau minah rempit, dengan tiga menunjukkan aksi kelucahan melampau yang memalukan.

Klip video terbaru minah rempit yang dimuat turun ke laman web ‘YouTube’ seminggu lalu adalah paling berani bertajuk ‘Drunken Minah Rempit Show Off’ (DMRSO) memaparkan seorang minah rempit membuka baju dan menunjukkan payu daranya ketika membonceng motosikal ditunggang seorang mat rempit.

Dalam klip video selama 46 saat itu, minah rempit bertopi keledar itu turut menunjukkan isyarat lucah kepada penunggang dan pembonceng motosikal yang mengekori untuk merakam aksinya.Walaupun baru seminggu dimuat turun dalam ‘YouTube’, klip video itu mencapai lebih 6,000 ‘hits’ atau ditonton 6,000 kali oleh mereka yang melayari laman web itu.

Ini perkembangan terbaru yang bukan saja memperlekehkan kewibawaan penguatkuasaan undang-undang, tetapi juga mencemarkan imej negara, terutama klip video itu dimuatkan turun ke laman web antarabangsa, sekali gus boleh ditonton di seluruh dunia.Selain DMRSO, klip video yang turut mendapat sambutan hangat di internet bertajuk ‘Mat N Minah Rempit’ memaparkan aksi minah rempit berdiri lalu membuka baju dan menunjukkan payu daranya dalam aksi mengghairahkan. Di belakang minah rempit terbabit ialah seorang mat rempit memakai topi keledar.

Klip video lain bertajuk ‘Awek Rempit Kena Raba’ pula menunjukkan seorang mat rempit meraba dan memasukkan tangannya ke dalam coli seorang minah rempit di warung sambil diperhatikan beberapa rakan mereka.

Sebelum ini, klip video bertajuk ‘Awek Kedah Merempit’ (AKM) yang menunjukkan seorang minah rempit secara selamba tanpa rasa takut berdiri di belakang motosikal ditunggang secara ‘wheelie’ oleh seorang mat rempit mendapat sambutan hangat di laman web berkenaan berikutan ia dikatakan aksi paling hebat pernah dilakukan minah rempit.

Begitupun, di dalam ‘YouTube’ ada beberapa klip video yang sama dengan AKM tetapi mempunyai tajuk lain seperti ‘Remix Mat Minah Rempit Mengganas’, ‘Minah Rempit’ dan ‘Awek Kedah’.Aksi lain minah rempit di laman web ‘YouTube’ ialah klip video bertajuk ‘Minah Bertudung Pacak’ menunjukkan dua gadis bertudung cuba melakukan aksi ‘wheelie’. Satu lagi klip video sama pula menggunakan tajuk ‘Apa Le Nak Jadi’.

Klip video bertajuk ‘Minah Rempit U’ pula menunjukkan sekumpulan minah rempit yang tidak memakai topi keledar menunggang lima motosikal di kawasan jalan utama, manakala ‘Awek Tenggek’ membabitkan aksi minah rempit membonceng motosikal sambil menaikkan punggungnya untuk menarik perhatian mat rempit lain.

Klip video terakhir ialah ‘Rempit’ yang menunjukkan minah rempit di atas motosikal pada siang hari menonton sekumpulan mat rempit menunjukkan pelbagai aksi berbahaya.Semua klip video itu turut disebarkan menerusi telefon bimbit dan e-mel.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, berang dengan apa yang berlaku dan menyifatkannya sebagai usaha menduga kesabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beliau dipetik sebagai berkata, kehadiran klip video yang mudah diakses melalui internet dan telefon bimbit itu akan menimbulkan masalah apabila ada pihak, terutama remaja ‘cetek akal’, ghairah meniru aksi berkenaan.
Penyebaran klip video terbaru itu menunjukkan kumpulan rempit, termasuk minah rempit, semakin ganas dan sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian masyarakat, seolah-olah perbuatan mereka sesuatu yang glamor.
Aksi ganas minah rempit terbaru ialah pada 18 Ogos lalu apabila seorang remaja perempuan berusia belasan tahun menendang motosikal anggota Skuad 42 Polis Trafik Kuala Lumpur untuk menyelamatkan teman lelakinya ketika cuba ditangkap dalam operasi mencegah mat rempit di Bandar Tun Razak, di sini.

Berikutan itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamza Taib, mengumumkan Skuad 42 yang diwujudkan khas untuk membanteras lumba haram yang kini hanya beroperasi di ibu kota akan diperluaskan ke negeri lain, terutama Pulau Pinang, Perak, Johor dan Selangor.

“Bukan mudah untuk menangkap dan menggempur kegiatan lumba haram kerana mereka licik dan berani. Sebab itu perancangan lebih teratur dan fokus perlu dilaksanakan, termasuk melakukan penyamaran,” katanya.Beliau berkata, sejak 2005 hingga Julai tahun ini, seramai 1,557 pelumba haram ditangkap mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan Melayu seramai 1,436 orang, Cina (51), India (63) dan kaum lain (tujuh).
“Kanak-kanak seawal usia enam hingga tujuh tahun pun ada perasaan malu dan tidak sanggup membiarkan alat sulit mereka dilihat orang lain.“Apa yang mereka (minah rempit) lakukan memberi gambaran ada yang tidak kena dengan perkembangan kognitif (kemahiran berfikir secara rasional) mereka,” kata Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Badzis.

Beliau mengulas keberanian minah rempit melakukan aksi lucah untuk dirakam, termasuk menunjukkan payu dara yang kini tersebar di internet dan telefon bimbit.
Dr Mastura yang terkejut dengan pendedahan itu menyifatkan pelakuan minah rempit terbabit satu petanda gejala sosial yang sangat buruk dan ketara.
Katanya, pelakuan seperti itu mungkin dapat dielakkan jika ibu bapa minah rempit berkenaan mengambil berat pergerakan anak mereka.“Di mana ibu bapa mereka? Sepatutnya ibu bapa memantau pergerakan anak. Ibu bapa perlu tahu di mana anak mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Sekurang-kurangnya tindakan itu mampu menghalang pelakuan seperti itu,” katanya.

Dr Mastura berkata, minah rempit yang terbabit dengan pelakuan memalukan itu perlu dibantu supaya tidak terus hanyut dengan ‘dunianya’.Katanya, antara bantuan yang boleh diberi ialah mengalih perhatian mereka kepada perkara positif dan berfaedah yang sesuai dengan jiwa mereka.

“Kita tidak tahu mengapa mereka sanggup berbuat begitu. Mungkin bermula daripada tekanan, mahu bebas dan tiada hala tuju.“Disebabkan itu, mereka bercampur dengan mat rempit dan bergelumang dengan maksiat sehingga pada satu tahap tiada perasaan malu,” katanya.



Sementara itu, Presiden RD Club Malaysia, Azhanyzam Zakaria, berkata pelakuan minah rempit terbabit mungkin didorong perasaan mahu membuktikan mereka lebih hebat daripada minah rempit lain.Katanya, tidak hairan, ada yang berani melakukan aksi lucah, kononnya supaya mereka lebih dihormati.

“Di kalangan minah rempit memang wujud sentimen seperti itu. Gara-gara mahu dilihat lebih hebat, mereka sanggup melakukan apa saja.“Mereka tiada perasaan malu, malah berbangga dengan perbuatan yang dilakukan,” katanya yang aktif bersama ahli kelabnya mendekati mat rempit dan minah rempit untuk memberi kesedaran.
Azhanyzam berkata, ada kemungkinan minah rempit yang sanggup melakukan perbuatan memalukan itu di bawah pengaruh dadah.“Apabila dalam keadaan tidak sedar, mereka tidak menyedari perbuatan mereka. Suruhlah mereka berbuat apa saja, mereka akan melakukannya,” katanya.
Sejak isu mat rempit ini menjadi lebih panas dengan paparan di kaca TV tentang skill mat rempit beraksi dengan aksi berdiri, terbaring terlentang selagak superman, dan berbagai aksi skill yang merbahaya tapi mengkagumkan, isu ini mula mendapat perhatian sewajarnya. Di tambah pula isu mat rempit merosakkan harta penduduk di Bangsar hanya kerana kerana di tegur supaya lebih berhemah…

Apakah mat rempit sudah semakin berani untuk melanggar undang-undang?...gagalkah penguatkuasaan pihak polis membendung gejala rempit ini? Kenapakah gejala sosial di kalangan remaja tidak pernah putus?... selepas reda dengan isu bohsia, bohjan, gejala buli membuli, meledak pula isu mat rempit ini…belum lagi bercerita tentang isu penyalah gunaan dadah, pil khayal, rogol, dan gangsterisma.. Remaja sekarang begitu terdedah dengan pelbagai isu yang akan merosakkan masa depan, memudarkan sinar wawasan 2020…..

Kenapa ini berlaku? Siapa yang harus dijadikan kambing hitam dan memikul beban untuk dipersalahkan. Kemelut mat rempit ini bukanlah satu isu yang mudah untuk ditangai.Sebagaimana isu sosial yang lain, mencari kesalahan dan meletakan kesilapan itu pada individu tertentu tidak dapat mengatasi masalah, isu sosial remaja timbul akibat tekanan dan permasalahan yang wujud di persekitaran. Punca-punca kemelut sosial ini saling berkait dan dan sukar untuk memastikan punca sebenar yang menjadi dalang kepada isu ini.
Individu
Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup.Mengecapi bentuk hiburan yang murah ..berbekalkan RM 4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi..ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dikalangan mereka, menyuburkanlagi gejala ini.
Kemalangan jiwa bukanlah menjadi galang untuk merempit, tidak sedikit rakan telah cedera atau maut, tapi kerana seronok, itu bukanlah menjadi masalah. Malah ada yang berbangga dengan parut dan berapa kerat tulang yang patah..Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan untuk remaja terlibat sama. Kenapa tidak terpengaruh kepada rakan sebaya yang baik? Kajian oleh Dr Hassan Ali 1977 mendapati remaja mudah terpengaruh dengan gejala yang membunuh sahsiah.
Modenisasi
Perubahan gaya hidup,ekonomi, institusi keluarga dan masyarakat adalah harga untuk sebuah kemodenan. Perubahan cara hidup dan corak asuhan mempengaruhi sikap remaja untuk bertindak. Dunia yang makin hilang sempadan ini memungkinkan pelbagai unsur negative diserap ke jiwa remaja. Kesibukan ibubapa mengejar kemodenan ada sehingga mengabaikan anak di rumah. Kasih sayang yang hilang, jiwa yang kosong dan pelbagai godaan di luar menawan remaja untuk bertindak. Merempit salah satu alternatif yang ada untuk hilangkan kebosanan dan ketegangan di rumah.Merempit juga menjadi alat untuk mendapat perhatian ibu bapa.
Amat sukar sebenarnya untuk menangani gejala mat rempit yang menjadi satu isu sosial yang membebankan. Seperti isu sosial yang lain, isu mat rempit tidak harus dipandang ringan dan pendekatan mestilah dengan penuh rasa empati, mengambil pendekatan untuk mencegah dan membimbing. Memang diakui kerajaan telah melakukan pelbagai program untuk membendung masalah ini antaranya:
~memantapkan institusi keluarga dan komuniti dengan menerapkan nilai-nilai murni dan kesedran sivik antara programyang sedang berjalan ialah Program Khidmat Negara, Kursus bina Insan dan program rakan muda.

~menggalakn amalan hidup sihat dan harmoni dari segi fizikal, mental dan rohani, antara program yang dilakukan ialh program cara hidup sihat

~memperbanyakkan program komuniti yang melibatkan remaja untuk turut serta seperti Jiran muda rukun tetangga

~memperkukuhkan program sukarelawan yang membutuhkan remaja untuk sama-sama melibatkan diri. Program sebegini mampu menanamkan rasa tanggungjawab dan membina sahsiah diri yang murni.

~penguatkuasaan undang undang, sekatan jalanaraya dan rondaan polis trafik merupakan langkah jangkapendek untuk mengurangkan gejala ini
Beban untuk mengawal masalah ini dari terus menular, bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata. Pihak lain seperti NGO, parti- parti politik dan ahli masyarakat, ibubapa harus berganding bahu dan patut memainkan peranan masing masing.

Langkah terbaru sebuah parti politik untuk menaikkan imej mat rempit harus tidak dipandang ringan. Ia bertujuan untuk mendekati golongan mat rempit, cuba mengenalpasti masalah mereka dan menyediakan satu platform aktiviti berfaedah yang menyeronokkan. Dengan pelbagai aktiviti yang di cadangkan, diharapkan gejala mat rempit dapat dikurangkan. Nampak elok dan berkesan ketika di kertas cadangan tapi mampukah ia menarik minat mat rempit
Pada 9 Januari 2007, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Datuk Seri Azalina Othman Said telah melancarkan program Sukan Malam bagi menangani masalah mat rempit di kalangan remaja. Azalina menyatakan bahawa kajian terkini Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) mendapati para belia amat berminat dan optimis terhadap sukan tetapi tiada kemudahan disediakan untuk mereka.

Kesuntukan masa pada waktu siang menyebabkan para belia tidak mempunyai ruang yang cukup untuk bersukan justeru program seumpama ini dapat membantu mereka beriadah. Program tersebut merangkumi program sukan bermotor seperti motosikal, kereta dan go-kart sementara bagi program sukan konvensional termasuk bola jaring, futsal dan 3 x 3 bola keranjang.

Saya pasti bahawa program Sukan Malam ini telahpun dijalankan di seluruh negara dengan perbelanjaan yang cukup besar melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana Azalina yakin bahawa kajian IPPMB telah dibuat dengan teliti.

Di Parlimen Kluang sebagai contohnya, penekanan terhadap Sukan Malam diberikan terhadap sukan Futsal. Kain rentang dan poster-poster diedarkan ke serata tempat bagi menarik golongan muda khususnya Mat Rempit untuk berhenti merempit dan beralih arah ke sukan Futsal.

Hakikatnya, mereka yang menyertai Futsal adalah golongan muda yang sememangnya menjadikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti rutin mereka tetapi mat rempit terus memperuntukkan masanya dilitar lumba haram.

Hari ini, Azalina menyarankan pula agar semua kerajaan negeri dan kerajaan tempatan menyediakan kemudahan litar lumba sebagai kaedah terbaik membanteras gejala "Mat Rempit" atau lumba haram di kalangan golongan muda yang semakin berleluasa sekarang.
Kita harus sedar ada ketikanya sesuatu perkara yang remeh atau kecil itu mempunyai rantaian kesan yang berpanjangan. Demikian masalah mat rempit yang hangat diperkatakan sekarang. Isu itu menenggelamkan isu bohsia, bohjan dan lepak, walaupun ia masih wujud. Sekarang kita boleh melihat pelbagai gejala sosial ini mempunyai pewaris tersendiri terutama golongan kanak-kanak. Mereka menggelarnya sebagai ‘rempit junior’. Saya sendiri melihat kanak-kanak berumur 10 tahun menunggang motosikal dan berlumba basikal pada waktu petang.

Selain itu, kanak-kanak wanita pula tidak ketinggalan menunggang motosikal tanpa sedikit kebimbangan. Mereka juga berani melakukan aksi sama seperti mat rempit. Ia berlaku kerana ada pengaruh golongan remaja atau dewasa yang menunggang motosikal.
Bagi ahli psikologi tentunya mereka memahami bahawa keadaan ini berupaya membentuk peribadi kanak-kanak liar dan tidak terkawal apabila semakin dewasa. Sebab itu kita perlu menghapuskan golongan rempit yang memaparkan contoh tidak baik kepada masyarakat.

Saya berfikir bahawa mat rempit perlu diberi pengajaran atau hukuman yang boleh menginsafkan mereka. Hanya hukuman penjara yang boleh membuatkan mat rempit sedar dengan kesalahan mereka. Tetapi, mengapa pula hukuman penjara ini tidak dijalankan. Mengapa perlu wujud persoalan hukuman penjara hanya akan merosakkan masa depan mereka. Kita perlu melihat hukuman penjara ini daripada perspektif berbeza.

Kerajaan tidak boleh terlalu bertoleransi dengan golongan mat rempit dengan hukuman sekadar menggantung lesen dan merampas motosikal mereka. Langkah ini tidak efektif. Yang melakukan kesalahan ialah manusia bukannya lesen atau motosikal.
Jadi, mengapa hanya lesen digantung dan motosikal dirampas tanpa menghukum pesalah sebenar. jika seseorang itu mempunyai kesedaran, walaupun memiliki motosikal dan lesen, mereka tidak akan membabitkan diri dengan lumba haram sehingga membahayakan pengguna jalan raya serta orang awam.

Kalaupun pihak berkuasa menggantung lesen pemilik, ia tidak menghalang mereka berlumba semula kerana di kalangan mat rempit juga kebanyakannya tidak ada lesen memandu. Gejala mat rempit akan melahirkan lebih ramai individu jika tiada undang-undang yang berat dikenakan kepada mereka. Malah, bukan saja mat rempit, gadis belasan tahun terjebak sebagai pelacur, selain itu ramai ahli mat rempit menjadi perompak, kaki lepak, perogol, peragut, kumpulan samseng dan penagih dadah.

Pengaruh cara hidup ahli kumpulan bermotosikal dari Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai Hell-Angel di kalangan mat rempit amat membimbangkan masyarakat terutamanya polis kerana dilihat mampu memesongkan akidah dan meruntuhkan akhlak rakyat di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu, pegangan hidup kumpulan tersebut yang mementingkan kebebasan serta bergelumang dengan jenayah dikhuatiri akan meruntuhkan akhlak rakyat terutamanya remaja di negara ini kerana ia mula menjadi ikutan mat rempit.

‘‘Mat rempit di negara ini mula terikut-ikut cara hidup kumpulan tersebut dan sedang menyebarkannya di kalangan ahli kumpulan yang lain.‘‘Penularan ini amat membimbangkan kerana kumpulan Hell-Angel banyak terlibat dengan jenayah, penyalahgunaan dadah seperti ganja, syabu dan heroin serta menjalinkan hubungan seks bebas.

‘‘Jika mereka berpaksikan kepada kumpulan itu maka gejala sosial dan jenayah di kalangan remaja di negara ini akan menjadi semakin teruk,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Gejala Sosial: Hakikat Masa Kini pada Konvensyen Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.
Menurut Musa, sehubungan dengan itu beliau menggesa orang ramai terutama ibu bapa supaya memandang berat perkara ini dan memantau kegiatan anak mereka supaya budaya kuning yang dibawa oleh mat rempit ini tidak menjadi ikutan anak mereka.Selain itu, Musa ketika membentangkan kertas kerjanya berkata, ketidakstabilan ekonomi di kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dikesan antara pendorong utama kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Beliau memberitahu, daripada penilaian terhadap jenayah yang berlaku di negara ini setiap hari mendapati tahap ekonomi yang tidak stabil mendorong seseorang untuk melakukan jenayah.‘‘Kebanyakan mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini terdesak melakukannya kerana mempunyai masalah ekonomi.

‘‘Bila terdesak, mereka akan terdorong untuk melakukan jenayah bagi memastikan dapat meneruskan hidup di negara ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di kota-kota besar,'' katanya Musa berkata, penghijrahan masyarakat luar bandar ke bandar bagi mencari pekerjaan juga dilihat sebagai salah satu punca mendorong kepada peningkatan kadar jenayah.
‘‘Mereka datang ke sini untuk mencari pekerjaan tetapi bila tak dapat kerja mereka menganggur dan mula terlibat dengan jenayah seperti merompak kerana desakan hidup,'' ujarnya.Beliau berkata selain penghijrahan penduduk luar bandar, kebanjiran pendatang asing ke sini turut dilihat mendorong kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.
‘‘Rakyat asing yang datang ke sini juga banyak terlibat dengan jenayah rompak, duit palsu dan gaduh sesama sendiri.‘‘Ini amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah di negara ini tetapi turut memberi kesan negatif terhadap masyarakat,'' katanya.
Tambah Musa, walaupun indeks jenayah semakin meningkat di negara ini tetapi peningkatan itu sejajar dengan pertambahan penduduk di sini.

‘‘Kadar jenayah di negara ini bagi tempoh Januari hingga September lepas meningkat 12.57 peratus iaitu 170, 481 kes berbanding 151, 444 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.‘‘Curi motosikal sahaja sebanyak 47,163 kes dan ini menunjukkan mereka yang menjalankan kegiatan ini amat terdesak untuk mendapatkan wang,'' ujarnya.
KISAH kaitan Melayu dan motosikal cukup menarik untuk dirungkai. Ramai penunggang motosikal adalah orang Melayu. Meskipun orang Melayu paling ramai menggunakan motosikal, bidang penjualan, pengedaran, servis dan pembaikan motosikal tidak pula dikuasai Melayu.Kerana menggunakan motosikal juga, orang Melayu menjadi kaum yang paling ramai maut akibat kemalangan jalan raya.

Ada lagi perkara yang mengganggu fikiran iaitu fenomena lumba motosikal haram oleh mat rempit. Semakin ramai anak muda Melayu terjebak, menjadikan jalan raya di Lembah Klang sebagai medan menunjuk lagak.Rasanya tiada bandar raya lain di dunia yang menyaksikan penunggang motosikal bermaharajalela dengan aksi liar, melainkan di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar di negara ini.
Orang ramai sudah lama kecewa dan marah kerana gejala mat rempit sampai tahap memudaratkan keharmonian dan keselamatan. Pelancong pula asyik tergamam, bagai tidak percaya bahawa itu juga menjadi ‘tarikan’ di sebalik slogan kelembutan, keramahan dan imej Malaysia negara Asia sebenar.
Yang hairannya gejala ini makin menjadi-jadi. Lebih membimbangkan, sebahagian mat rempit ini selalunya mengambil dadah. Tetapi pihak berkuasa masih gagal menanganinya, seolah-olah ia lebih rumit daripada menangani ancaman militan.
Bukan bermakna pihak polis tidak bertindak bahkan ada anggota polis yang mati dan cedera parah ketika bertugas membanteras lumba haram. Sepatutnya ia tidak berlaku demikian apatah lagi berulang menimpa anggota polis dan ini secara tidak langsung menampakkan kelemahan pengurusan kita.

Pendekatan yang diambil tidak holistik dan ada kalanya bermusim. Menangani gejala seperti penagihan dadah dan lumba haram, tidak cukup setakat berkempen dan berceramah.Kita tidak boleh mengulangi kesilapan dan kealpaan.

Disebabkan agak pasif, kegiatan seperti Ah Long dan tonto misalnya sudah menjadi institusi di negara ini. Akhirnya, agensi-agensi di bawah nama ‘keselamatan negara’ ternyata tidak mampu merungkai permasalahan ini, meskipun begitu banyak perbincangan diadakan.
Mereka sering dilabelkan sebagai kelompok tidak takut mati, tidak serik dan tidak pernah insaf. Begitulah sikap sebenar pelumba haram atau Mat Rempit yang tidak pernah puas menyusahkan kerajaan, membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain.Lebih menyedihkan, majoriti golongan terbabit adalah generasi muda yang masih di bangku sekolah, mentah serta punya peluang membina masa depan lebih gemilang.Sayangnya, masa depan mereka dikorbankan di jalan raya atau hilang upaya pada usia muda kerana mengikut nafsu.
Kematian dan kecederaan membabitkan pelumba haram sungguh mendukacitakan semua pihak kerana golongan ini sebenarnya tenaga penggerak kepada ekonomi dan masa depan negara. Sebelum ini, pelbagai kisah hidup pelumba haram yang cedera parah dan kurang upaya dipaparkan di pelbagai media massa sebagai pengajaran, namun golongan itu tetap meneruskan aktiviti liar mereka demi kepuasan diri.Bagi mereka, berlumba haram satu kepuasan untuk menunjukkan kehebatan sedangkan jika semangat itu dimanfaatkan untuk pendidikan pasti apa jua dihajati mampu dicapai.

Tidak dinafikan juga pengaruh rakan dan persekitaran antara faktor pendorong kepada kegiatan tidak berfaedah itu.Walaupun pelbagai kempen membabitkan kos jutaan ringgit dilaksanakan kerajaan, geng Mat Rempit masih belum berubah, malah mereka kini lebih berani tanpa mempedulikan nasib anggota keselamatan yang menjalankan tugas.
Kes terbaru ialah kejadian malang menimpa Konstabel Meor Mohd Armi Abdul Latiff, 20, dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang parah dirempuh pelumba haram Januari lalu.Sikap berani tidak bertempat pelumba haram itu menunjukkan betapa mereka perlu dikenakan hukuman berat supaya insaf. Kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku tetapi ia sebahagian daripada episod malang yang terpaksa ditempuhi anggota polis dalam membanteras lumba haram.
Jika dibiarkan berterusan, sudah pasti aktiviti itu menjadi parasit kepada keharmonian masyarakat serta memburukkan pelbagai versi gejala sosial yang melanda remaja masa kini.Sebagai ingatan, pelumba haram yang ditangkap boleh didakwa mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33), atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda minimum RM5,000 atau maksimum RM15,000 atau penjara tidak lebih lima tahun manakala bagi kesalahan kedua dikenakan denda minimum RM10,000 atau maksimum RM20,000 atau hukuman penjara maksimum 10 tahun.Jika menyebabkan kematian, pesalah boleh didakwa mengikut Seksyen 41 akta yang sama yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun atau denda minimum RM5,000 atau maksimum RM20,000.

Namun ia masih dipandang sepi, pelumba haram terus mencabar undang-undang, bagi mereka selagi ada jalan raya dan penonton menyokong ia tetap dilakukan demi kepuasan.Menyedari undang-undang sedia ada masih belum memadai, kerajaan kini bercadang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan.Ia bukan saja dikenakan kepada pelumba haram, tetapi penonton dan penganjur kegiatan berbahaya itu juga bakal menerima hukuman sewajarnya.

Selain pelumba haram yang bakal menerima hukuman penjara mandatori tidak melebihi lima tahun atau denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika disabitkan kesalahan, penonton juga tidak terlepas.Mereka yang menonton jika diberkas boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan jika didapati bersalah oleh mahkamah.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, dalam kenyataannya sebelum ini berkata hukuman sedia ada masih dianggap terlalu ringan oleh golongan berkenaan.Berdasarkan undang-undang sedia ada, tidak ada sebarang peruntukan bagi menghukum penonton dan penganjur.

Dua kelompok itu turut menjadi penyumbang kepada gejala itu.Bagi khalayak ramai, pendekatan terbaru itu cara terbaik untuk menghukum mereka terbabit selain mengurangkan pembabitan remaja dalam lumba haram.Pendekatan tegas ini diharap mampu melindungi pengguna jalan raya lain supaya tidak menjadi mangsa kegiatan buas geng Mat Rempit terutamanya di lebuh raya dan laluan Persekutuan.

Malah, hukuman penjara yang lebih lama juga satu pengajaran kepada pelumba haram untuk berfikir panjang sebelum menerima sebarang cabaran atau menunjukkan ego mereka di jalan raya.Walaupun wujud pelbagai pandangan berhubung cadangan terbaru ini, ia dilihat satu pendekatan agresif kerajaan membendung gejala yang tidak berkesudahan itu.Dari satu aspek lain, pembabitan semua pihak menanganinya perlu dilaksanakan segera terutamanya peranan ibu bapa memberikan kesedaran kepada anak-anak.

Cadangan mengenakan hukuman terhadap ibu bapa yang anak mereka terbabit dalam lumba haram juga wajar dilihat dari sudut positif supaya pengabaian tidak terus berlaku.Dewasa ini, kebebasan mutlak diberikan kepada remaja sering menyebabkan mereka terjebak dalam pelbagai kegiatan tidak sihat antaranya dadah, pergaulan bebas, lumba haram serta jenayah juvana.Kesannya, golongan ini menjadi korban kepada pengabaian berkenaan dan apabila ia terkena batang hidung sendiri barulah ibu bapa sibuk menuding jari ke sana dan ke mari.
Sebagai remaja, mereka memerlukan bimbingan daripada ahli keluarga sendiri untuk membina peribadi dan bukannya meniru acuan rakan lain.Jika tidak mampu membimbing atau mengawal, ibu bapa boleh menggunakan pendekatan kaunseling sebagai jalan keluar membantu anak mereka yang bermasalah. Dalam masa yang sama juga penguatkuasaan perlu dipertingkatkan seiring dengan pindaan dilaksanakan supaya mereka terbabit dalam gejala itu tidak terlepas.
Penguatkuasaan yang berterusan dilihat mampu membanteras gejala itu sehingga ke akar umbi serta memberikan kesedaran kepada mereka terbabit.Jika kerjasama serta penguatkuasaan itu seiring dengan usaha membanteras lumba haram sudah tentu ia mampu menyelamatkan ribuan anak muda daripada terjebak atau menjadi mangsa kepada keghairahan mereka sendiri

37 comments:

eqin on August 18, 2009 at 8:50 PM said...

thnx sebb wat blog nie..mudah saye nak wat esei.hehhe

niena said...

yup....
tnks jgk coz lbh mmudhkan sya utk menyiapkn asgmnt...

Anonymous said...

thank n congrate 4 da sebuah artikel yg padat n lengkap..yg mmdahkan saya nak wat esei..

sueaida on January 23, 2010 at 12:48 PM said...

kan senang..acemen sye pon da nk ciap..

adik90 said...

syukran..mtk izin copy nk wt asgnment..jazakallahi khasiran

Anonymous said...

thanx....bagus articles ni....all complete...senang nak buat assignment pendidikan agama islam....padat dgn info...

Lemonades Of Life on May 15, 2010 at 8:05 PM said...

saya tumpang copy sama. kena buat pasal sociomedical issue kat malaysia. adoii~

Limau Manis on June 2, 2010 at 12:35 AM said...

lalalalala, gumbira hati ini,
sbb saiment complete sbb artikle ni..
DAEBAK(sucess)!!

Anonymous said...

halalkan ap yg sy amik yea...thanks=))

Anonymous said...

tahniah kpd blogger! Isi yg agak PADAT & MEMBANTU saya dalam debate! (^.^)

insan bertuah said...

yahoo!!! mklumat ini dpt membantu sy dlm mnghadapi ppriksaan...

herni said...

mina izin copy

Anonymous said...

mohon copy isinya ye... nak wat present...

Anonymous said...

jika anda memasukkan pendapat tokoh-tokoh, ini lebih menguatkan fakta anda. terima kasih, banyak pelajar dapat membuat rujukan.

Anonymous said...

hehe..syukran ats maklumat ni.Padat dan lengkap...nak minta izin amik mklumat leh x?nak siapkan assignment.hekhek

Anonymous said...

tumpang lalu...nak salin maklumat skit...
mintak halal....

ButTErwOrtH B-bOy said...

aq tabik korg pnye hasil dan mmudahkan aq nk buat assignment....tpi korang x pyah lah nk berpolitik sngat...x yah nk salute sngt parti tu...parti lain x ambik tindkan ke???

HAdira Kifly on October 6, 2010 at 1:35 PM said...

salam..
nak minta izin guna maklumat yang ada untuk tambah isi dalam asignment.
thanx for ur idea there..

Anonymous said...

bagus smua..senang keje doh!!

puteri kemaman said...

mntak izin copy...tuk wat assgnment..

Anonymous said...

sya tumpang copy ye..tenkiu

Anonymous said...

tq2,,sng nop buat rncna..adios!

ntahla said...

mnta izn nak copy..nk wt assment untk current issue..hehehehe..tQ

syud syuhada on February 16, 2011 at 9:15 PM said...

thnks....memudahkan sya nak wat esei

Norshafiqah said...

syukran..kerana mnyediakan semua ini...izinkan sy copy ye...thanks

bella bear on March 16, 2011 at 4:47 PM said...

tanx coz g sy idea tox wt forum..

Farah Fateha on June 10, 2011 at 9:46 PM said...

Thank you sbab bg saya idea untuk siapkan karangan :)

Anonymous said...

tenqs . . mintak halal apa yg saya copy . . :)

Anonymous said...

tenggzzz a lott... mnta halal sy copy untk pnulisn sy...

Anonymous said...

thanks! senang wat esaimen..hehe..

juelieya said...

arap2 glongan ini brubahlah ingatlah mati

Anonymous said...

thaks,sebab dapat juga sy ciapkan asgment saya,,,tq kpd yg bwat artikel ni,,,

Anonymous said...

eew... its tooooooooo long u FUCKER BITCH SUCKING ASS BUSTed!!!!!!!!!!..... iDOItic Bull SHit

Anonymous said...

really help me...hehe..tq

nn on April 6, 2012 at 7:55 PM said...

thanks, ^^

Anonymous said...

mintak copy ye...tq

Anonymous said...

thanks for you essay!! waz really amazing and filled with various facts too!!i've done my tuition homework!! thanks once again...

Post a Comment

 

BLHW1732 : Sosiologi : Gejala Rempit di Malaysia Blak Magik is Designed by Nik Luqman for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008